Powered By Blogger

Jan 30, 2007

Cara Untuk Membuat Program Sebagai Start-Up

Kita pernah lihat biasanya start-up program ini digunakan pada yahoo messenger, norton anti-virus dan lain-lain lagi. Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana cara kita hendak membuat satu-satu program tersebut sebagai start-up program.

Kali ini sebagai contoh kita hendak membuat program Internet Explorer sebagai start-up.


1) Pergi ke Start>Run

2) Taip regedit

3) Pergi ke :

HKEY_LOCAL_MACHINE>SOFTWARE>MICROSOFT>WINDOWS>
CurrentVersion>Run


4) Di ruang sebelah kanan windows tersebut, "Right click" dan pergi ke New>String Value,

5) Taipkan nama fail tersebut sebagai internet_explorer.Tekan ENTER.

6) Kemudian Double Click fail yang telah di buat.

7) Di dalam value data masukkan address di mana program tersebut berada. Sebagai contoh untuk internet explorer ialah : C:\Program Files\Internet Explorer\IEXPLORE.EXE

8)Klik OK.

8) Tutup semua windows dan restart komputer anda. Selesai!!

Jan 29, 2007

Customize Your Background Folder

Bagi customize folder ini, ada 2 cara. Satu menggunakan software(klik Di sini) dan satu lagi secara manual.Iaitu dengan membina satu file Desktop.ini di dalam folder.

Blog ini akan menunjukkan bagaimana untuk customize desktop anda menggunakan cara yang kedua iaitu cara manual.


1) Copy dan paste gambar background kepada folder yang hendak di customize kan. Sebagai contoh saya ingin menggunakan gambar money.jpg untuk di gunakan pada folder My Document>My Pictures.

2) Di dalam folder My Documents. Pergi pada toolbar atas ke Tools>Folder Option. Klik pada Show hidden files. Seterusnya "untick" Hide file extensions for known file types dan Hide protected operating system files.

3) Klik OK.

4) Pergi ke Start>Program>Accesories>Notepad.Buka aplikasi tersebut dengan double click.

5) Sila copy coding di bawah ini dan paste di dalam file notepad tersebut :

[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image=.\money.jpg
IconArea_Text=0x0000FFFF
[.ShellClassInfo]
ConfirmFileOp=0



-> .\money.jpg adalah address di mana file gambar tersebut berada.

6) Save file tersebut dalam folder My Picture dan namakan file tersebut : "Desktop.ini" . Sila tulis bersama-sama double quote.


7) Pergi ke Start>Run. Taip cmd atau command.Di dalam command prompt taip:

attrib +s "(letakkan alamat folder anda)"

Sebagai contoh : attrib +s "C:\My Documents\My Pictures"

8) Tutup commant prompt tersebut. Cuba Refresh folder My Pictures. Selesai!!

Jan 26, 2007

Cara hendak kelirukan format file.

Biasanya kita mempunyai file rahsia di dalam komputer.Kita tidak mahu org lain melihatnya.Banyak software-software yang menyediakan security program pc security,folder security dan bermacam-macam lagi.

Terdapat satu idea mudah untuk anda kelirukan orang lain tentang file yang hendak anda sorokkan.Iaitu menukar format file tersebut. Sebagai contoh anda mempunyai gambar yang bernama kekasihku.jpg :

- Jika anda tidak dapat lihat format file tersebut.Pergi ke My Computer>tools(di toolbar atas)>folder option. Untick kotak "Hide file extensions for known file types".

1) Mula-mula pergi ke file gambar (kekasihku.jpg) tersebut.
2) Right Click file tersebut dan pilih rename.
3) Tukarkan format gambar tersebut :

kekasihku.jpg kepada kekasihku.txt

4) Tekan ENTER dan windows akan keluar pop-up untuk menanyakan ya atau tidak.Tekan YES.

5) Setelah proses selesai cuba klik file gambar tersebut.Ia tidak akan boleh dibaca kerana format file tersebut .txt. Selesai!!


- jika hendak tukar kembali, cuma ubah kembali :

kekasihku.txt kepada kekasihku.jpg

Jan 25, 2007

Menghantar Mesej di dalam Network Sendiri.(Net Send)

Cara ini tidak memerlukan anda install third party software.Cuma menggunakan windows yang sedia ada atau lebih di kenali dengan command net send.

Langkah (a)

1) Perlu activatekan service nya dahulu.Pergi ke start>settings>control panel>administrative tools>services.
2) Di bawah column Name cari "Messenger".Double click "Messenger".

3) Klik Start.Setelah selesai proses klik Apply dan OK.


4) Tutup tetingkap dan kembali kepada desktop.



Langkah (b)

1) Untuk mengetahui nama komputer kawan anda. Right Click My Computer dan klik butang Network Identification. Nama komputer kawan anda ada di Full Name Komputer : ...





Langkah (c)

1) Pergi start>run. Taip cmd atau command.
2) Tetingkap command prompt akan terpapar.
3) Taip :

net send (nama komputer kawan anda) "(perkara yang hendak di beritahu)"
sebagai contoh saya ingin menghantar ke komputer bernama ahmad untuk bertanya "Kau ada kat situ tak?"

command nya:
net send ahmad "Kau ada kat situ tak?"


4) Jika mesej tersebut berjaya di hantar ia akan memaparkan "The message was successfully sent to .....".Selesai!!


* Jika mesej tidak berjaya di hantar, cuba check services(Langkah a) pada komputer anda dan kawan anda. Ia mesti di activatekan oleh kedua-dua belah pihak.

Cara Untuk Disable Send Error Report di Windows XP.

Kadang apabila satu-satu program kita menghadapi masalah.Program tersebut akan close sendiri. Windows akan keluarkan pop-up menanyakan samada anda hendak menghantar error report tersebut atau tidak.

Ini adalah langkah untuk disablekan pop-up tersebut terpapar kerap kali kecuali jika error tersebut sangat kritikal.

1) Pergi ke icon My Computer dan right click. Pilih properties.

2) Pergi ke tab Advanced.

3) Klik icon Error Reporting.

4) Pilih Disable Error Reporting....

5) Klik Apply dan OK. Selesai!!

Membuat Toolbars(QuickLaunch) Sendiri

Ini adalah salah satu cara alternatif untuk mengelakkan desktop anda penuh dengan shortcut icon.Iaitu membuat toolbar(quicklaunch) anda sendiri.


1) Create satu folder.Letakkan di My Documents.Namakan folder anda toolbar.


2) Masukkan copy dan paste shortcut icon yang anda mahu.Cth: yahoo messenger dan firefox.



3) Close folder tersebut.Pergi ke kawasan toolbar dibawah dan "Right Click". Pergi ke toolbars>new toolbar.


4) Pilih ke folder(My Document>toolbar) yang telah kita buat tadi.Tekan OK.



5) Anda akan dapat melihat toolbar anda bernama toolbar di kawasan quick launch.Selesai!!

Jan 24, 2007

Troubleshoot: Tidak Boleh Boot Windows (Solution 2)

Solution 2

1) Masukkan CD Windows XP bootable dalam komputer.

2) Setelah komputer "on" tekan butang "DELETE" atau "F2" berulang kali untuk ke bahagian SETUP.

3) Di dalam SETUP, tetapkan "FIRST BOOT" anda sebagai "CD-ROM". Ini bagi membolehkan komputer anda boot/start menggunakan CD Windows XP yang telah anda masukkan dalam langkah 1.

4) Gambarajah berikut akan terpapar.

Tekan "ENTER"


5) Di dalam welcome message. Tekan butang "R" untuk repair.

6) Bahagian DOS prompt akan keluar (background HITAM). Tekan butang "1" untuk teruskan.

7) Jika ia menanyakan "administrator password", masukkan administrator password anda. Biasanya jika anda tidak penah format komputer cuma tekan butang "ENTER".

8) Taip: "chkdsk /r ". Kemudian tekan "ENTER"

9) Setelah proses tersebut selesai taip: "EXIT" untuk keluar. Selesai!!

Troubleshoot: Tidak Boleh Boot Windows.

Jika anda mempunyai 2 atau lebih operating system(os) yang berlainan contohnya pc anda mempunyai OS windows dan linux.

Ia akan terjadi setelah anda uninstall OS linux anda. PC tidak akan jumpa boot sector windows.

Penyelesaian :

1) Masukkan CD Windows XP bootable dalam komputer.

2) Setelah komputer "on" tekan butang "DELETE" atau "F2" berulang kali untuk ke bahagian SETUP.

3) Di dalam SETUP, tetapkan "FIRST BOOT" anda sebagai "CD-ROM". Ini bagi membolehkan komputer anda boot/start menggunakan CD Windows XP yang telah anda masukkan dalam langkah 1.

4) Gambarajah berikut akan terpapar.

Tekan "ENTER".

5) Di dalam welcome message. Tekan butang "R" untuk repair.

6) Bahagian DOS prompt akan keluar (background HITAM). Tekan butang "1" untuk teruskan.

7) Jika ia menanyakan "administrator password", masukkan administrator password anda. Biasanya jika anda tidak penah format komputer cuma tekan butang "ENTER".

8) Taip : "e:" dan tekan "ENTER"

9) Taip : "fixmbr" dan tekan "ENTER"

10) Taip : "yes" dan tekan "ENTER"

11) Taip : "fixboot" dan tekan "ENTER"

12) Taip : "yes" dan tekan "ENTER"

13) Setelah selesai proses tersebut RESTART kembali komputer anda.Selesai!!


- Jika penyelesaian di atas tidak membantu anda cuba (SOLUTION 2)..klik disini

Jan 23, 2007

Hide PC anda

Ini adalah cara bagaimana anda hendak hide pc anda daripada network neighbourhood.
Tetapi ia masih boleh di 'ping' oleh pc lain menggunakan ping command.

1) Di dalam windows pergi ke Start>Run
2) Taip "cmd" atau taip "command".
3) Windows command prompt akan muncul.
4) Taip seperti berikut :
net config server /hidden:yes
5) Tekan enter. Komputer akan memberitahu command itu success.
6) Tutup command prompt.
7) Restart kembali komputer anda. Selesai!!

- jika hendak display kembali di network neighbourhood taip :
net config server /hidden:no
- dan ikut langkah 5 seterusnye.

Tips Untuk Hide Partition Anda

1) "ON" pc anda.

2) Dalam windows pergi ke :
start > setting > control panel > administrative tools > computer management > disk management.

3) Di dalam disk management tersebut pilih partition yang hendak di sorok ( kecuali c: atau partition yang di gunakan untuk boot windows) dan klik kanan.

4) Pilih Change Drive Letter and Path.

5) Klik Remove. Tekan Yes jika windows mengeluarkan warning pop-up.

6) Buka My Computer kembali untuk makesure sama ada partition hilang atau tidak. Selasai!!

Jan 22, 2007

Windows XP "NTLDR Missing"

1) Masukkan CD Windows XP bootable dalam komputer.

2) Setelah komputer "on" tekan butang "DELETE" atau "F2" berulang kali untuk ke bahagian SETUP.

3) Di dalam SETUP, tetapkan "FIRST BOOT" anda sebagai "CD-ROM". Ini bagi membolehkan komputer anda boot/start menggunakan CD Windows XP yang telah anda masukkan dalam langkah 1.

4) Setelah selesai SAVE dan EXIT daripada bahagian tersebut.Komputer akan RESTART kembali.

5) Apabila keluar gambar seperti di bawah :



Hanya tekan butang apa-apa untuk meneruskan operasi menggunakan CD Windows XP tersebut.

6) Setelah masuk, Windows akan keluarkan arahan. Tekan butang "R" yang bermaksud REPAIR.

7) Bahagian DOS prompt akan keluar (background HITAM).Tekan butang "1" untuk teruskan.

8) Jika ia menanyakan "administrator password", masukkan administrator password anda. Biasanya jika anda tidak penah format komputer cuma tekan butang "ENTER".

9) Setelah itu, hanya taip statement di bawah : copy e:\i386\ntldr c:\
dan tekan "ENTER".

10) Kemudian taip : copy e:\i386\ntdetect.com c:\
dan tekan "ENTER".

11) Setelah selesai windows copy file tersebut. taip "EXIT" untuk keluar. Komputer akan "RESTART" kembali. Selesai!!

Windows Protection Error

Masalah ini biasa terjadi kepada pengguna Windows 98. "Windows Protection Error" akan keluar selepas anda "ON" kompueter anda. Windows tidak boleh di access ketika ini.

Penyelesaian :

1) RESTART kembali komputer akan dengan menekan butang RESET di CPU anda.
2) Tekan butang CTRL berulang kali sehingga menu pilihan terpapar.
3) Di dalam menu tersebut, pilih menu "COMMAND PROMPT ONLY" dan tekan ENTER.
4) Dalam DOS-PROMPT tersebut taip Scanreg /restore.
5) Menu pilihan back-up akan keluar.Pilih backup yang telah dibuat.(BUKAN BACKUP YANG TERBARU).
6) Tekan "RESTORE".
7) Komputer akan RESTART kembali dan selesai!!

Kehilangan Password Windows

Kebanyakkan komputer yang baru di beli, biasanya jurujual tidak akan meletakkan windows password pada Administrator. Administrator ialah profile yang telah sedia ada pada mana-mana komputer yang menggunakan windows operating system. Mereka biasanya akan membuat satu lagi profile yang menggunakan nama pemilik komputer tersebut seperti "family", "User Profile" atau lain-lain lagi.

Oleh itu, jika anda terlupa password untuk windows anda, ia masih boleh di access kembali menggunakan profile administrator :

1) Restart komputer anda.

2) Bagi pengguna Windows 2000/XP tekan butang F8 berulang kali sehingga keluar menu untuk di pilih. Bagi pengguna Windows 95/98/ME tekan butang CTRL berulang kali sehingga menu pilihan terpapar.

3) Di menu pilihan, pilih Safe Mode.

4) Jika terdapat pop-up warning, cuma tekan Yes sahaja atau Next.

5) Anda telah berjaya masuk ke dalam windows yang menggunakan profile Administrator.

6) Pergi ke Start > Settings > Control Panel > Users and Paswords.

7) Di dalam windows Users and Passwords, add kan satu profile baru.

8) Setelah selesai, restart kembali komputer dan masuk ke windows menggunakan profile yang baru anda buat. Selesai!!!

Format Komputer Untuk Windows XP


Barang-barang yang perlu ada:

1) PC tuh sendiri.(mestilaa kene ade...hehehe)
2) Bootable CD for Windows XP...(tak silap aku...Service Packed 2(SP 2) dah ok dah.)




Langkah 1 :
:



Restart komputer.Masa kat Skrin hitam putih tuh masuk setup.Biasanya kene tekan banyak kali salah butang DELETE atau F2. Setkan FIRST BOOT kat SETUP tu : CD-ROM.



Langkah 2
: .


Masukkan CD Windows XP. Save SETUP dan EXIT. Komputer akan restart kembali.



Langkah 3 :

Selepas tu benda ni akan keluar:



Just tekan button ape-ape je.....eg : "ENTER"



Langkah 4 :

Then Display biru akan keluar...



Nampak tak " C: Partition1 [FAT32] ............... ".Itu partition "C:" .Partition "C:" ni biasanye akan jadi automatik untuk install fail windows. Tekan "D" untuk delete/buang partition tu.Then follow step by step untuk delete partition.




Langkah 5 :

Setelah delete "partition C:" tu, PC akan display kan seperti rajah di bawah :



Seterusnya tekan "ENTER" untuk install windows daripada CD-ROM yang telah di masukkan.


Langkah 6 :

Gambar di bawah untuk memilih "file system" antara FAT atau NTFS. Biasanya kita akan ambil NTFS kerana "file system" ini adalah yang terbaru daripada windows.



Pilih "Format the partition using the NTFS file system" dan tekan "ENTER". Ikut sahaja arahan dan biarkan pc proses secara automatik.


Langkah 7 :

Komputer akan restart dan akan masuk ke bahagian seperti gambar di bawah. Cuma ikut langkah demi langkah.




Langkah 8 :

Gambarajah di bawah akan keluar daripada skrin monitor anda. Masukkan "Serial Number" (biasanya terletak di bahagian belakang sampul cd tersebut)....Tekan "NEXT" ....






Langkah 9 :

Pada ketika ini. Cuma pilih "Typical Setting". Komputer akan secara automatic "setup" komputer anda. Tekan "NEXT"..






Langkah 10 :

Ikut sahaja langkah yang di beri dengan menekan butang "NEXT" sahaja dan SELESAI !!!.....